Book Review | Menggunung karya Helmi Effendy


Hi guys! Dah lama tak buat entry baru. Al maklumlah busy mengalahkan menteri. Hahahaah^_^

So for the first time in forever~
Eh ternyanyi pulakk
Hahaahahha
Okay back to the point
Hari ni sis nak buat book review

Menggunung
Karya Helmi Effendy





Dari Eurasia ke Menggunung, Izzat terpaksa berpindah ke rumah pakciknya setelah kedua-dua ibu bapanya terkorban dalam sebuah kemalangan. Menggunung merupakan pekan di mana khabar angin bertukar menjadi realiti. Semuanya bermula apabila satu laman web yang menceritakan kisah hantu berlatarkan pekan Menggunung. Setiap cerita atau komen yang dimuatnaikkan dalam laman web itu akan menjadi realiti di pekan Menggunung dengan syarat ada manusia yang percaya pada khabar angin tersebut. Satu persatu khabar angin berlaku sehingga menyebabkan kemalangan, kehilangan bahkan kematian. Khabar angin tersebut juga membuatkan Izzat dan rakan-rakannya di SMK Adrujha bertindak menyelesaikan misteri tersebut sekaligus menyelamatkan pekan Menggunung.
.
.
.
.
.

Kepada yang diluar sana,
anda dinasihati untuk membeli novel ini
sebab best gila
nilai persahabatan mengatasi segalanya
sis baca novel ni sehari je
perasaan masa tu memang berkecamuk
lagi-lagi masa klimaks cerita
so selamat membeli dan membaca geng



0 comments:

Post a Comment

Labels

News

Nurha Ismail. Powered by Blogger.