Redha dan Bersyukurlah.

Its been a while since spm result has been announced.
Nak cerita pasal result spm aku la ni
sebab Sis Blogger ni ada tanya.
Dan sebab tak nak masing-masing dok tertanya-tanya result aku.
So aku nak share..


Sekolah aku ni jenis buat hari graduasi saing dengan hari result spm keluar.
so sebelah pagi tu majlis graduasi berjalan seperti biasa.
bila majlis tu dah habis,
barulah sesi penyampaian result spm yang straight A.

Cikgu pun annaunce nama sorang-sorang budak yang straight A.
Say what...
Takde pon nama aku. AHAHAHAHAHAHAAH
Masa tu sedih sebenarnya, tapi sebab duduk sebelah ibu ni.
Aku cuba acah steady😀
hahahahaahahah

So nama yang tak disebut tu kena amek slip result dekat guru kelas.
Aku pon berjalan longlai beratur tunggu giliran. 
Sampai turn aku,
Cikgu Syafiqa pandang aku sambil sebut nama aku
"Syimaaa" dengan intonasi yang simpati
Aku pun cuba lah menampal senyuman palsu di bibir
hahahahahaaahah
Cikgu pun cari lah slip aku.
Bila dah jumpa, cikgu tak terus bagi tau.
Cikgu pandang aku pastu tanya.

"Awak rasa awak dapat berapa?"
Dalam otak masa tu aku nak cakap "7A"
Tapi tulah takut fake smile tu tak dapat bertahan lama
Aku pun jawablah..
"Entah la cikgu" sambil sengih-sengih

Cikgu hulurkan slip tu sambil ucap "Tahniah Syima"
Mata aku terus cari subjek apa yang tak A
Terus aku nangis, sampai basah slip tu
hahahaahah😂

Alhamdulillah..
Aku dapat 8A 1B(B+ weyhhh)
Aku nangis sebab lebih baik dari apa yg aku target
Aku nangis sebab lebih baik daripada first trial (trial sbp=5A 4B) and second trial (7A 2B)
Tapi,
Aku pon nangis sebab yang B tu subjek English
Sepanjang bersekolah menengah 5 tahun tu,
sekali pon tak pernah dapat A
Rasa macam bodohnya aku😓😓

Pastu terus pergi sambil nangis-nangis cari ibu ngan ayah,
Kakak aku pun sambut aku, peluk
Pastu bila memasing dah tahu result aku ..
semua cakap camni

"okay laa tu"
"laaa ingat teruk sangat tadi"

Tapi tulah,
dia punya sendu tu sampai 3 hari
Sensitif betul bila ada orang tanya result aku
hahaha

Jujur aku kata aku kecewa dengan result tu,
Yelah, siapa jer yang tak nak straight A kann??
First,
Sebab aku budak kelas pertama.
Second,
Sebab aku di antara budak target straight A
Tapi aku kena bersyukur.
Sebab apa yang aku dapat tu adalah yang terbaik.




Alhamdulillah
Aku dah belajar untuk redha.
Aku dah belajar untuk terima

Buat apa nak sendu lama-lama ni
Allah kan sebaik-baik perancang.
















1 comments:

  1. sokay babe...walaupun da lme da entry ni..tpi i tetap nk ckap..be strong babe..bnyak lgi pluang utk kite capai kjayaan kat luar tu..spm is a beginning..so jgn putus asa..truskn usaha kite..grab opportunity yg ade slagi kite mampu..dont worry my baby ill always support you...

    ReplyDelete

Labels

News

Nurha Ismail. Powered by Blogger.