Doa Itu Senjata Orang Islam

Hari ni aku nak kongsi tentang doa.


Doa sebenarnya satu alat yang sangat power untuk orang Islam.
Doa menghubungkan kita dengan Allah tanpa ada satu penghalang.

Doa ialah musuh utama kepada bala...


"Bala diturunkan dan akan bertemu dengan doa. Keduanya saling bertempur hingga ke hari kiamat"
~Al-Hakim & Al-Tabarani~


Pertempuran antara doa dan bala ada 3 tahap:

1) Doa lebih kuat daripada bala. Maknanya doa itu akan menghalang bala yang sepatutnya kena pada diri kita.

2)Bala lebih kuat daripada doa. Maknanya kita akan kena musibah tu tapi doa berfungsi untuk mengurangkan sedikit kesan musibah kepad kita.

3)Doa dan bala sama-sama kuat. Ada musibah yang kita kena tapi ada yang dapat dielakkan kerana doa.


Kadang-kadang apa yang kita doa, tak jadi pun dekat kita. Kita sangka doa kita tak dimakbulkan padahal sebenarnya Allah makbulkan doa tu sesuai dengan kebijaksanaan-Nya.





3 bentuk doa dimakbulkan:

1)Allah makbulkan doa seseorang itu sama seperti yang diminta. .

2)Allah tangguh dulu doa tu. 

3)Doa itu dimakbulkan dengan bentuk lain. Selalunya yang ni kita tak sedar.

contohnya: 
Kita doa nak jadi kaya sebab kita fikir dengan jadi kaya kita boleh bahagia. So Allah makbulkan doa tu dengan apa yang boleh buat kita bahagia selain harta. Seperti kesihatan yang baik, banyak masa lapang.

Percayalah bahawa tiada doa hamba-Nya yang Allah abaikan. Doa is our sword, keep it sharp always.


Credit by Ustaz Ad-Dien Abdul Kadir


2 comments:

Labels

News

Nurha Ismail. Powered by Blogger.