Pendosa...


Penat.

Penat layan kerenah manusia



Yang hanya tahu meminta,
dan bukannya memberi...

Yang hanya tahu membenci,
dan bukannya menyayangi...

Yang hanya tahu menuduh secara melulu,
dan bukannya menyelidik dahulu...

Yang hanya tahu mengeji dan mencaci,
dan bukannya menasihati...

Yang hanya tahu menghukum,
dan bukannya membimbing...




Kenapa mesti bersikap seperti langit?
Bukankah kita sama-sama pendosa..
yang asalnya mahu mencari redha Sang Pencipta..

Usahlah menghukum..
kerana kita bukan maksum..
Yang bersih tanpa dosa..

Kita juga bukan Tuhan.
Untuk menentukan ke mana destinasi seseorang..
sama ada syurga atau neraka
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku juga pendosa..
Kita sama-sama pendosa..
Jangan risau kerana harapan masih ada..
Taubat itu satu cara..
Untuk kita kembali suci seperti dahulu kala..


"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas kepada diri sendiri.
Janganlah kamu berputus asa  daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa.
Sungguh Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang."
-Surah Az-Zumar,ayat 53-




2 comments:

Labels

News

Nurha Ismail. Powered by Blogger.