...Childhood...

Aku rasa sunyi.

Jadi aku ambil keputusan untuk tidur.

Aku baring menyepi.
Pusing kanan,
Pusing kiri,
Hmmm..
aku tak ngantuklah..
Aku cuba tenangkan diri aku.
Aku pandang atas..
Pandangan aku mula kosong.


"Weyh!Nak tahu tak dulu aku degil gila.."
"Kau buat apa?"
"Masa kecik-kecik dulu aku suka main bola dengan kawan-kawan aku."
"Pastu?"
"Aku main la sampai maghrib. Mak aku datang, pastu dia heret aku bawak balik. Hahaha."
"......"
"Pastu aku still buat macam tu esoknya. Gigih mak aku heret aku hari-hari."
"......"
"Kau kenapa Syima? Diam jer."
"Eh, takde pape..."


Aku tak tahu nak respond apa..
Kawan yang lain mula cerita kisah childhood mereka
kena ikat kat pokok,tak bagi masuk rumah
hmmm..
Aku takde kisah childhood dengan kawan-kawan
Jadi aku tak tahu nak cerita apa.

Childhood aku mostly dengan family.
dengan ayah,
dengan ibu,
dan adik-beradik aku.

Main badminton dengan along,kakak,emy
Main bina rumah guna kusyen.
Main chess.
Yang ni paling aku ingat..
Main basikal.
tapi..
bukan aku yang kayuh.


Masa tu aku kecik lagi
Mana pandai naik basikal kaki tak sampai 
Ibu pergi ambil satu bantal yang kecik.
Pastu ibu ikat kat palang basikal
ala.. antara seat ngan handle tu
aku duduk situ dan along yang kayuh
Kalau ingat balik mesti gelak..
Setiap kali hujung minggu..
tulah aktivitinya

Tapi...
Masing-masing dah mula membesar..
Sorang-sorang masuk asrama.
Tinggal aku sorang..
Akhirnya tinggal ibu dan ayah berdua




Bohonglah kalau tak rindu
Childhood memories

Masing-masing ada childhood tersendiri..
Ia bukan tentang childhood siapa yang paling best
Tapi....
Ia tentang sejauh mana childhood memories tu bagi kesan kat hidup kita sampai sekarang





0 comments:

Post a Comment

Labels

News

Nurha Ismail. Powered by Blogger.